Pembukaan PPV Dewan Sukan BDA Dijangka Tingkatkan Liputan PICK Di Bahagian Bintulu

SELASA, 6 JULAI 2021

BINTULU: Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Sukan BDA yang mula dibuka pada Isnin adalah untuk penduduk yang tinggal di kawasan berisiko tinggi kes positif COVID-19. 

Menurut Pegawai Kesihatan Bahagian Bintulu Dr. Melvin Chung Hsien Liang, PPV Dewan Sukan BDA ini dikhususkan kepada penduduk di kawasan Sungai Plan dan pada masa sama juga terbuka kepada mereka yang mempunyai  temu janji melalui MySejahtera. 

“Kita berharap dengan bertambahnya PPV dapat mempertingkatkan lagi liputan program vaksinasi di Bahagian Bintulu. 

“Setakat jam ini kita berjaya telah berjaya memberi vaksin sebanyak 500 lebih dos kepada penduduk Sungai Plan dan mereka yang ada temu janji di dalam MySejahtera,” katanya semasa ditemui selepas mengadakan lawatan ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Sukan BDA yang memulakan operasi pada Isnin. 

Tambah Dr. Melvin Chung lagi, operasi PPV ini sama seperti PPV lain iaitu dibuka setiap hari.

“Operasi PPV Dewan Sukan BDA sama seperti PPV Awam Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB) dan Dinner World yang dibuka setiap hari bagi memberi vaksin kepada masyarakat di Bintulu,” tambahnya. 

Ujarnya lagi, sekiranya semua penduduk di Sungai Plan sudah menerima vaksin, penduduk di kawasan berisiko tinggi yang lain pula akan turun di PPV ini untuk menerima suntikan vaksin COVID-19. -EDISI UKAS

Share
0

add comment