PPV Dewan Mesra Simunjan Dibuka Semula Untuk Vaksinasi

SELASA, 6 JULAI 2021

SIMUNJAN: Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Mesra Simunjan kini dibuka semula untuk suntikan vaksin bermula semalam, 5 Julai sehingga 10 Julai 2021.

Pemberian dos kedua suntikan vaksin jenis Sinovac telah mula dilakukan pada Isnin dengan melibatkan seramai 546 orang dan seramai 680 orang lagi menerima di PPV berkenaan pada Selasa.

Pemberian vaksin kali ini dibuka kepada dua sesi setiap hari iaitu sesi pagi bermula pukul 8 pagi hingga pukul 12.30 tengahari, manakala sesi petang pada pukul 2 petang hingga pukul 4 petang.

Dalam pada itu, pusat tersebut juga akan memberi suntikan kepada penerima pada 12 hingga 13 Julai 2021.

Sementara itu, menerusi tinjauan UKAS, proses vaksinasi lebih teratur dan berjalan dengan lancar dan semua para penerima vaksin mematuhi prosedur standard operasi (SOP) yang telah ditetapkan.-EDISI UKAS