Premis Perniagaan Di Jalan Satok & Jalan Kulas Patuh SOP PKP

SELASA, 6 JULAI 2021

KUCHING: Pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) premis perniagaan di Jalan Satok dan Jalan Kulas semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 amat memuaskan.

Tinjauan yang dilakukan mendapati perkhidmatan perlu atau ‘essential services’ sahaja yang beroperasi seperti kedai makan, kedai ‘hardware’ termasuk kedai alat ganti dan bengkel untuk kereta dan motosikal.

Manakala, perkhidmatan bank diarahkan beroperasi sehingga pukul 2 petang bermula minggu ini. –EDISI UKAS