198 Penduduk Kampung Sinaan Krokong Jalani Ujian Saringan COVID-19

RABU, 7 JULAI 2021

BAU: Seramai 198 penduduk dari Kampung Sinaan Krokong di sini telah tampil menjalani ujian saringan COVID-19 dalam operasi pengesanan kes aktif (ACD) pada Rabu yang bermula dari jam 8 pagi hingga 11 pagi.

Menurut Pegawai Perubatan Pejabat Kesihatan (PKD) Bau Dr. Linda Lu, daripada jumlah penduduk yang disaring, seramai 96 orang adalah lelaki, manakala seramai 102 orang lagi wanita.

Ujarnya lagi, hasil ujian saringan COVID-19 dalam operasi sama yang membabitkan seramai 320 orang penduduk dari Kampung Kaman Krokong pada Selasa didapati negatif.

Dalam pada itu, kelancaran pelaksanaan ACD tersebut adalah atas bantuan daripada para petugas dari Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA).-EDISI UKAS

Share
0

add comment