274 Lagi Individu Menerima Vaksin Di PPV Lingga

RABU, 7 JULAI 2021

LINGGA: Seramai 274 penduduk sekitar Lingga dan Seduku telah divaksin di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Lingga.

Daripada jumlah tersebut, 30 orang yang hadir menerima dos pertama.

Proses berjalan dengan lancar dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Pada Rabu, operasi untuk temujanji dos kedua adalah hari terakhir pengoperasian dan ianya akan dibuka semula pada 23 Julai 2021 bagi temujanji dos kedua kepada mereka yang tercicir. -EDISI UKAS

Share
0

add comment