840 Orang Lagi Terima Vaksin Di PPV Dewan Pembangunan Sebuyau

RABU, 7 JULAI 2021

SEBUYAU: Seramai 840 orang lagi hadir mendapatkan vaksin COVID-19 jenis Sinovac untuk suntikan dos kedua dan suntikan dos pertama di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Pembangunan Sebuyau pada Rabu.

Menerusi tinjauan, perjalanan proses pemberian vaksin adalah dalam keadaan terkawal dan teratur di mana para penerima rata-rata hadir pada masa temujanji yang ditetapkan.

Dalam pada itu, penerima vaksin yang ditemui berasa lega dan berterima kasih kepada kerajaan Sarawak atas usaha melakukan program vaksinasi ini terutamanya di kawasan luar bandar.

Para penerima vaksin juga bersyukur kerana telah melengkapkan suntikan dos yang kedua, manakala penerima yang baharu mendaftar juga turut mengucapkan terima kasih kerana telah mendapatkan vaksin. -EDISI UKAS

Share
0

add comment