98 Ahli USK Daerah Tatau Terima Bantuan Makanan

RABU, 7 JULAI 2021

TATAU: Unit Saudara Kita (USK) Daerah Tatau telah menyerahkan sumbangan bantuan makanan kepada semua ahli yang berdaftar dalam satu majlis ringkas yang diadakan di Dewan Masyarakat Kampung Dagang Tatau.

Setiausahanya Rohana Abdullah berkata, seramai 98 ahli yang tinggal di di Kampung Dagang, Kampung Baru, Pekan Tatau dan rumah rumah panjang sekitar Pekan Tatau menerima bantuan makanan yang bertujuan meringakan beban semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini. 

“Peruntukkan bantuan makanan ini disalurkan Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS).  

“Bantuan ini turut diagihkan kepada ahli-ahli USK di kawasan lain termasuk Jepak, Sebauh Kidurong dan Bintulu,” katanya semasa ditemui selepas menyerahkan sumbangan makanan Urusetia Saudara Kita (USK) pada Selasa. 

Kesempatan itu, beliau mengucapkan terima kasih kepada JAIS Bahagian Bintulu dan Kuching serta USK Bahagian Bintulu kerana telah menyediakan bantuan makanan kepada ahli-ahlinya di Daerah Tatau ini. 

Mengulas lanjut, bagi Saudara Baru yang belum mendaftar dengan USK boleh berjumpa dengannya dan mendaftar supaya nama mereka tidak tercicir daripada mendapat bantuan sepatutnya. -EDISI UKAS

Share
0

add comment