Abd Wahab Salur Sumbangan 300 Bakul Makanan Kepada PITSA Kalaka

RABU, 7 JULAI 2021

SARATOK: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Datuk Abd Wahab Aziz menyalurkan sumbangan sebanyak 300 bakul makanan yang akan diagihkan kepada ibu tunggal di kawasan tersebut.

Simbolik penyerahan sumbangan disempurnakan wakil beliau, Kaunselor Mohamad Duri kepada Pengerusi Persatuan Ibu Tunggal Sarawak (PITSA) Kawasan Kalaka, Kaunselor Dayang Rosnah Abg Drashid pada Rabu.

Dayang yang juga telah berusaha menubuhkan PITSA Saratok yang merangkumi daerah Kabong akan menyelaraskan pengagihan bantuan tersebut.

Sementara itu, PITSA Saratok pada awal penubuhannya hanya dianggotai seramai 41 orang dan kini meningkat kepada 296 orang termasuk di kawasan Kalaka. -EDISI UKAS