ADUN Lambir Tinjau Projek Penyelenggaraan Sungai

RABU, 7 JULAI 2021

LAMBIR: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lambir Ripin Lamat bersama Pegawai Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Miri telah mengadakan lawatan ke Kampung Kejapil.

Beliau telah meninjau projek penyelenggaraan sungai dan cadangan lokasi projek baru penyelenggaraan sungai di sini pada Selasa. 

Kos penyelenggaraan sungai ini berjumlah RM3 juta dan telah diluluskan Ketua Menteri Datuk Patinggi Dr Abanng Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg menerusi geran khas. -EDISI UKAS

Share
0

add comment