Ahli Parlimen Tanjong Manis Sumbang Vital Signs Monitor Kepada PPV Dewan Suarah Sarikei

RABU, 7 JULAI 2021

SARIKEI: Ahli Parlimen Tanjong Manis, Ir Yusuf Abdul Wahab telah menyumbang seunit alat perubatan Vital Signs Monitor kepada Pejabat Kesihatan Sarikei untuk kegunaan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Daerah Sarikei di Dewan Suarah Sarikei. 

Penyerahan sumbangan itu diadakan dalam majlis ringkas pada Selasa bertempat di PPV berkenaan.

Selain itu, Ir Yusuf turut menyumbang tiga unit Thermometer Body Temperature Scanner untuk kegunaan PPV Sarikei.

Beliau kemudiannya meninjau proses pemberian vaksin di PPV berkenaan di mana sebanyak 1234 dos vaksin telah diberikan kepada penduduk Sarikei pada hari tersebut.

Semasa lawatan itu, beliau berkesempatan merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada barisan hadapan seperti doktor dan jururawat yang sentiasa bertungkus lumus membantu dalam memutuskan rantaian pandemik Covid-19.

Antara yang hadir Residen Bahagian Sarikei, Felicia Tan Ya Hua dan Pegawai Daerah Pejabat Daerah Sarikei, Christopher Ranggau. – EDISI UKAS

Share
0

add comment