Awang Tengah Lawat PPV Dewan Masyarakat Sundar

RABU, 7 JULAI 2021

LAWAS: Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan telah mengadakan lawatan ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Masyarakat Sundar pada Isnin. 

Dalam lawatan itu, beliau telah disambut Pegawai Kesihatan Daerah Lawas, Dr Farida Nazahiya bersama petugas dan diberikan taklimat ringkas mengenai perkembangan proses vaksinasi di PPV tersebut. 

Taklimat ringkasnya, PPV Dewan Masyarakat Sundar mampu memberikan vaksin COVID-19 seramai 400 orang sehari dengan jenis vaksin Sinovac.

Sehingga beberapa proses vaksinasi, seramai 1,200 orang telah menerima vaksinasi dos kedua di PPV ini. 

Selepas itu, Datuk Amar Awang Tengah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Sari telah menyempurnakan penyerahkan bakul buah-buahan dan sayur-sayuran secara simbolik yang disediakan Pertubuhan Peladang Kawasan Lawas (PPK) kepada wakil penerima dengan jumlah keseluruhan ialah 60 orang penerima. 

Turut diserahkan simbolik beberapa kotak air mineral kepada petugas barisan hadapan sumbangan Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) Daerah Lawas. 

Hadir sama Menteri Muda Permodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah Sarawak merangkap ADUN Bukit Kota Datuk Dr Abdul Rahman Ismail, Residen Bahagian Limbang yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Limbang Ir Ahmad Denney Ahmad Fauzi, Pengarah Agensi Pembangunan Wilayah Utara (NRDA) Dato Ubaidilah Abdul Latif, Pegawai Daerah Lawas Ladin Atok dan Pengarah Kesihatan Daerah Lawas Dr Farida Nazahiya Mohd Salleh. -EDISI UKAS

Share
0

add comment