RABU, 7 JULAI 2021
SERIAN : CS Supermarket Serian telah menghulurkan sumbangan bekalan makanan kepada petugas barisan hadapan di Majlis Daerah Serian, pada Selasa.
Sumbangan telah disampaikan oleh Pengurus Operasi CS Supermarket,Nicholas Lim Kui Kheng kepada Setiausaha Majlis Daerah Serian, Constantine Gerald David Jonas untuk diagihkan kepada anggota Penguatkuasa dan Kesihatan Awam bagi menghargai tugas dan tanggungjawab mereka dalam memastikan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) sentiasa dipatuhi di Serian sejak tahun lepas.
Dalam temubual ringkas, Nicholas Lim memaklumkan bahawa bermula 5 Julai sehingga 12 Julai 2021, CS Supermarket ada menyediakan sebanyak 30 set bekalan makanan bermula jam 2.00 petang setiap hari menggunakan kaedah “first come first serve”.
Dalam pada itu, Kaunselor Majlis Daerah Serian, Leong Pit Wee memaklumkan bahawa beliau mengambil inisiatif ini bersama CS Supermarket sebagai menghargai sumbangan anggota penguatkuasa dan kesihatan awam yang bertugas sepanjang tempoh Pandemik COVID-19 dan beliau berharap ada pihak lain yang akan tampil bagi melakukan perkara yang sama kepada petugas barisan hadapan di Bahagian Serian.
Constantine merakamkan terima kasih kepada kepada CS Supermarket Serian atas sumbangan berkenaan dan turut mengingatkan orang ramai agar sentiasa mematuhi SOP yang ditetapkan. -EDISI UKAS