IPD Lundu Santuni Masyarakat Melalui Op Bantu

RABU, 7 JULAI 2021

LUNDU: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lundu menyantuni 20 orang penerima bakul makanan melalui Op Bantu seperti yang dilancarkan oleh Menteri Dalam Negeri, Dato’ Seri Hamzah Zainudin baru-baru ini.

Penyampaian secara simbolik tersebut telah disempurnakan oleh Ketua Polis Daerah Lundu, DSP Damataries Lautin kepada penerima Sanga Luli dari Kampung Sungai Lundu dan Ham Suntong dari Kampung Seketi Melayu pada Rabu.

Op Bantu dilancarkan bagi membantu individu-individu khususnya yang kurang berkemampuan yang terputus bekalan makanan di seluruh negara.

Menerusi Op Bantu, mana-mana individu yang mengalami masalah terputus bekalan makanan boleh hadir ke IPD yang terdekat bagi mendapatkan bantuan.

Mereka juga boleh menghubungi IPD berhampiran melalui talian rasmi IPD atau melalui talian Whatsapp khas Op Bantu yang akan diumumoan kemudian.

Turut hadir sama dalam program ini adalah Inspektor Sofian Zainuddin, Inspektor Benjamin Annau Kalom serta wakil dari Skuad AMANITA dan anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) Daerah Lundu.-EDISI UKAS

Share
0

add comment