Sarawak Sumbang RM1 Juta Kepada Tabung Keamanan Palestin

RABU, 7 JULAI 2021

KUCHING: Majlis Islam Sarawak, umat Islam dan badan-badan korporat di Sarawak menyumbangkan dana sebanyak RM1 juta kepada Tabung Keamanan Palestin.

Dana sumbangan itu akan diamanahkan kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk menyalurkannya kepada rakyat Palestin.

Sumbangan tersebut adalah daripada Majlis Islam Sarawak berjumlah RM15,679.90, kutipan Sadaq Jumaat Masjid dan surau seluruh Sarawak berjumlah RM41,667.10 dan Tabung Ihsan Palestin Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak (LAKMNS) berjumlah RM942,653.

Pihak yang turut terlibat memberikan sumbangan kepada Tabung Keamanan Palestin adalah JAKIM Putrajaya, LAKMNS dan JAKIM Sarawak. –EDISI UKAS