1,710 Penduduk Lengkap Dos Kedua Vaksin COVID-19 Di PPV Dewan Sri Pantu

KHAMIS, 8 JULAI 2021

SRI AMAN : Seramai 1,710 orang telah lengkap menerima dos kedua vaksin jenis Sinovac, setakat hari keenam Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Sri Pantu, pada Khamis.

Menerusi tinjauan UKAS, kelancaran proses serta sambutan yang menggalakkan membuktikan bahawa rakyat kini semakin sedar akan kepentingan dan kelebihan pengambilan vaksin COVID-19.

Pada hari itu, turut diberikan vaksin dos pertama kepada lebih 100 orang yang tercicir dalam senarai sebelum ini termasuk yang baru mendaftar secara terus (walk-in).

Dalam masa yang sama, anggota Polis, RELA dan JPAM juga ditugaskan untuk menjaga keselamatan serta memastikan Prosedur Operasi Standard (SOP) sentiasa dipatuhi sepenuhnya. -EDISI UKAS

Share
0

add comment