249 Individu Lengkap Dua Dos Di PPV Dewan Masyarakat Tebedu

KHAMIS, 8 JULAI 2021

KUCHING : Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Masyarakat Tebedu berjaya memvaksinasi seramai 542 individu, pada Rabu.

Daripada jumlah itu seramai 293 orang menerima suntikan dos pertama dari kampung Tema Mawang, Kampung Entubuh dan Reteh Mawang manakala 249 pula telah melengkapkan dos kedua, dari Kampung Payau Mawang.

Menurut Pegawai Daerah Tebedu, Joseph Liaw,  jumlah angka tersebut akan bertambah memandangkan sambutan daripada penduduk amat menggalakkan di kawasan itu dengan menggunakan kaedah hibrid.

Pelaksanaan proses vaksinasi berjalan lancar dengan kerjasama yang baik daripada penerima yang hadir dan petugas-petugas di PPV tersebut. -EDISI UKAS

Share
0

add comment