288 Penduduk Kampung Sega Jalani Ujian Saringan COVID-19

KHAMIS, 8 JULAI 2021

BAU: Seramai 288 orang penduduk dari Kampung Sega telah tampil menjalani ujian saringan COVID-19 dalam Operasi Pengesanan Kes Aktif (ACD) pada Khamis.

Menerusi tinjauan yang dilakukan, rata-rata penduduk telah memberikan kerjasama sepenuhnya sepanjang proses operasi dijalankan.

Malah, kehadiran penduduk juga dilihat amat menggalakkan dengan ramai yang datang awal ke balai raya kampung berkenaan walaupun waktu operasi belum dimulakan oleh para petugas.

Daripada jumlah penduduk yang disaring, seramai 146 orang adalah lelaki, manakala seramai 142 orang lagi wanita.

ACD yang dilaksanakan itu membabitkan seramai 27 orang petugas iaitu 23 orang dari Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Bau dan empat orang petugas lagi dari pasukan makmal Kuching.

Turut membantu dalam melancarkan pelaksanaan ACD tersebut adalah petugas dari Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA).-EDISI UKAS

Share
0

add comment