478 Penduduk Hadir Terima Vaksin Dos Kedua

KHAMIS, 8 JULAI 2021

BELURU: Seramai 478 penduduk di kawasan Beluru hadir dan menerima suntikan vaksin COVID-19 dos kedua pada Khamis. 

Sehingga kini, secara keseluruhannya seramai 10,166 orang telah menerima vaksin dos pertama dan 2,769 orang lagi telah lengkap menerima dos kedua di PPV Dewan Masyarakat Beluru.

Proses vaksinasi berjalan lancar dan penerima yang mempunyai temu janji datang menerima vaksin dan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP). -EDISI UKAS

Share
0

add comment