65 Pekerja Ladang Warga Indonesia Terima Vaksin Di PPV Dewan SJK (C) Long Lama

KHAMIS, 8 JULAI 2021

LONG LAMA: Seramai 65 pekerja ladang warganegara Indonesai dari Tung Huat Pelita, Bakong hadir dan menerima vaksin dos pertama di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK (C) Long Lama pada Rabu. 

Mereka hadir dengan menggunakan dua buah bas persiaran yang digunakan khas untuk membawa penerima vaksin COVID-19. 

Selain warga tempatan, Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) kini turut membabitkan pekeja asing di sektor perladangan dan perindustrian. 

Proses vaksinasi warga asing bermula minggu ini dengan membabitkan pekerja ladang. 

Bermula minggu ini, PPV SJK (C) Long Lama juga memulakan proses vaksinasi kepada warga asing. -EDISI UKAS

Share
0

add comment