7 Projek RTP Dengan Kos RM1.05 Juta Akan Dilaksanakan Di Ulu Merapok

KHAMIS, 8 JULAI 2021

LAWAS: Sebanyak tujuh Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) dengan kos sebanyak RM1.05 juta akan dilaksanakan di Ulu Merapok dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Sari.

Menurut Timbalan Ketua Menteri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukt Sari Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan Projek RTP itu akan dilaksanakan dalam masa terdekat. 

Beliau juga menyerahkan surat kelulusan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) kepada tiga buah Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) iaitu JKKK Kampung Tanah Sibagol, JKKK Kampung Bukit Manang dan Kampung Long Merambai dalam satu majlis ringkas yang diadakan di Masjid Kampung Sasa, Merapok pada Selasa. 

Turut diserahkan surat kelulusan Projek Baik Pulih Atap Surau Kampung Tanah Sibagol kepada Ketua Kampung Kampung Tanah Sibagol.

Hadir sama Menteri Muda Permodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah Sarawak merangkap ADUN Bukit Kota Datuk Dr Abdul Rahman Ismail, Residen Bahagian Limbang Ir Ahmad Denney Ahmad Fauzi, Pengarah Agensi Pembangunan Wilayah Utara (NRDA) dan  Pegawai Daerah Lawas Ladin Atok. -EDISI UKAS

Share
0

add comment