ADUN Muara Tuang Sumbang BME Dan Tangki Air, Bantu Penduduk Memerlukan

KHAMIS, 8 JULAI 2021

KOTA SAMARAHAN : Empat buah keluarga dari Taman Desa Ilmu dan Kampung Sungai Mata telah menerima Bantuan Makanan Ehsan (BME) sumbangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Muara Tuang, Dato’ Idris Buang.

Selain itu, 3 buah tangki air turut disumbangkan kepada salah seorang penduduk, Karim Sabli bagi menampung keperluan bekalan air beliau.

Penyerahan sumbangan disempurnakan oleh Ketua Marqas DUN Muara Tuang, Aziz Mohamad yang mewakili Dato’ Idris Buang, dibantu oleh petugas First Response Team Pusat Khidmat DUN Muara Tuang , pada Rabu.

Penduduk merakamkan penghargaan terima kasih kepada Dato’ Idris Buang di atas keprihatinan beliau dalam membantu mengurangkan beban yang dihadapi mereka sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). -EDISI UKAS

Share
0

add comment