ADUN Sebuyau Sumbang Bantuan Makanan Kepada Penduduk Kampung Seruyu

KHAMIS, 8 JULAI 2021

SEBUYAU: Pusat Khidmat DUN Sebuyau memberikan sumbangan bantuan makanan kepada penduduk Kampung Seruyu yang dikuarantin pada Rabu.

Sumbangan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau, Datuk Julaihi Narawi itu disampaikan oleh Pemanca Asli Yahya kepada ketua masyarakat bagi mewakili 24 Ketua Isi Rumah (KIR) di kampung tesebut.

Penduduk Kampung Seruyu seterusnya merakamkan penghargaan kepada wakil rakyat yang telah menghulurkan bantuan dan prihatin terhadap penduduk kampungnya.

Bantuan makanan yang disumbangkan itu dapat membantu meringankan beban penduduk yang terjejas. -EDISI UKAS

Share
0

add comment