Biro Kebajikan Pusat Khidmat DUN Bukit Sari Sumbang Kerusi Roda Kepada Jambu

KHAMIS, 8 JULAI 2021

LAWAS: Prihatin dengan kekangan yang dihadapinya untuk bergerak, Biro Kebajikan Pusat Khidmat DUN Bukit Sari telah menyampaikan sumbangan kerusi roda kepada Jambu Osman di Skim Perumahan Banting Lawas pada Khamis. 

Jambu, 79 tahun mengalami masalah tidak mampu untuk berjalan sendiri akibat penyakit yang dihadapinya sebelum ini. 

Sumbangan ini telah disampaikan Ketua Kampung Jasni Rajudin, di kediaman Jambu di Skim Perumahan Banting. 

Menurut wakil Biro Kebajikan Pusat Khidmat DUN Bukit Sari, sumbangan kerusi roda ini mampu memudahkan lagi pergerakan beliau dan memudahkan keluarga beliau untuk merawat serta mengurusnya. -EDISI UKAS