Chinese NGO Bahagian Serian Hulur Sumbangan Buahan Kepada Petugas Barisan Hadapan

KHAMIS, 8 JULAI 2021

SERIAN: Chinese NGO Bahagian Serian menghulurkan sumbangan 1,000 buah epal dan limau kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBN) Bahagian Serian pada Rabu.

Sumbangan buah-buahan segar itu telah disampaikan oleh Mr. Lai Siew Chong dan Pemanca Chai Min Lee kepada Residen Bahagian Serian, Tuah Suni selaku Pengerusi JPBB Serian.

Sumbangan berkenaan akan diagihkan kepada para petugas barisan hadapan yang bertugas di SJR Batu 16, SJR Kpg Rituh, SJR Kpg Saan, SJR Simpang Gedong, PPV Tebedu, PPV Siburan dan Serian Sampling Centre di Dewan Serbaguna Tapah. -EDISI UKAS

Share
0

add comment