Dr Abdul Rahman Bincang Naik Taraf Gudang, Baik Pulih Bangunan Semaian Di PLPK

KHAMIS, 8 JULAI 2021

LIMBANG: Menteri Muda Pemodenan Pertanian Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah Sarawak Datuk Dr Abdul Rahman Ismail telah mengadakan lawatan ke Pusat Latihan Pertanian Kubong pada Rabu. 

Katanya, lawatan itu bagi meninjau beberapa kemudahan yang sedia ada perlu dibaik pulih. 

“Sebuah gudang yang menyimpan barangan, mesin dan peralatan pejabat untuk pelupusan pejabat pertanian akan dinaik taraf kepada Dewan Serbaguna Pusat Latihan Pertanian Kubong (PLPK). 

“Selain itu, bangunan semaian untuk pelbagai tanaman yang memerlukan sistem pendawaian yang baru menggantikan siling dan menutup separuh dinding bangunan tersebut dengan kemasan cat yang sesuai agar lebih ceria dan selesa untuk bekerja,” katanya. 

Selepas lawatan itu, Datuk Dr Abdul Rahman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kota bersama Jurutera Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah meninjau di beberapa kawasan yang berisiko banjir kilat.

“Di kawasan dalam dan sepanjang jalan berhadapan PLPK akan dibersihkan oleh JPS dan membantu menyediakan satu sistem perparitan yang komprehensif agar semua aliran air dari bukit berhampiran dapat mengalir terus ke parit utama bagi mengelakkan banjir kilat,” ujarnya. 

Turut sama hadir Jurutera DID Bahagian Limbang Anisah Ahmad, Pengetua Pusat Latihan Pertanian Kubong Janneyia Labai, Penolong Pegawai Pertanian Daerah Limbang Christopher Dawat Anur, Penolong Jurutera Awam JKR Limbang dan Penolong Jurutera Letrik JKR Limbang Azuwan Nahrawi. -EDISI UKAS

Share
0

add comment