Golden Palm Harvest Hulurkan Sumbangan ‘Fog Machine’ Dan ‘Disinfectant Liquid’ Kepada Pejabat Daerah Beluru

KHAMIS, 8 JULAI 2021

BELURU: Golden Palm Harvest Sdn Bhd telah menyerahkan sumbangan berupa Fog Machine’ dan ‘Disinfectant Liquid’ kepada Pejabat Daerah Beluru.

Menurut Pengurus Syarikat Golden Palm Harvest Kaunselor Stephen Kelat, sumbangan ini merupakan sebahagian daripada Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) syarikat dalam membantu melancarkan proses vaksinasi di daerah ini. 

Sumbangan telah disampaikan Kaunselor Stephen kepada Pegawai Daerah Beluru Alfred Geling bertempat di perkarangan Pejabat Daerah Beluru pada Selasa. -EDISI UKAS

Share
0

add comment