Jalan Utama, Jambatan Dan Lorong Kecil Di Kampung Kudei Lama Perlu Dibaikpulih

KHAMIS, 8 JULAI 2021

KUCHING :  Penduduk Kampung Kudei Lama telah bersuara mengenai ketidakpuasan hati dengan keadaan jalan utama, lorong kecil serta jambatan menuju ke kampung mereka yang tidak diselenggara oleh pihak berkuasa tempatan.

Penghulu Mohamed Maraji berkata, jalan tersebut mengalami kerosakan setelah pembinaan perparitan baharu telah dilakukan oleh pihak kontraktor sebelum ini.

Menitikberatkan mengenai aspek keselamatan penduduk, beliau mengakui bahawa pernah mengajukan masalah berkenaan kepada pihak bertanggungjawab pada tahun lepas namun masih tiada tindakan susulan hingga kini.

Justeru, beliau amat berharap agar tindakan segera dapat diambil yang mana menurutnya, jalan utama dan lorong kecil yg menuju ke kediaman mereka tersebut perlu diturap baharu, manakala jambatan pula di baikpulih dengan secepat mungkin. -EDISI UKAS

Share
0

add comment