Kampung Tematu Terima Bantuan Makanan Dan Keperluan Asas

KHAMIS, 8 JULAI 2021

KUCHING : Umum mengetahui pandemik COVID-19 menimbulkan pelbagai kesukaran hidup kepada rakyat.

Namun begitu, pasti ada diantaranya yang bermurah hati untuk berkongsi rezeki bagi membantu mengurangkan bebanan yang dihadapi individu-individu yang sangat terkesan, lebih-lebih lagi golongan yang hilang punca pendapatan.

Seperti di Kampung Tematu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang merangkap Pengerusi Majlis Perbandaran Kota Padawan, Lo Khere Chiang telah hadir sendiri menyaksikan penyerahan bantuan berupa makanan dan barangan keperluan asas sumbangan Pertubuhan Hikmah Sarawak, pihak Badan Bukan Kerajaan (NGO) termasuk individu persendirian, pada Rabu.

Bantuan diserahkan kepada Ketua Kaum Kampung Tematu, Geofry Tahang bersama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Tematu sebelum diagihkan kepada penduduk. -EDISI UKAS

Share
0

add comment