NSJA Bersama Rakan Penaja Tunaikan CSR “Program Prihatin Kasih” Kepada Petugas Barisan Hadapan

KHAMIS, 8 JULAI 2021

MIRI: Persatuan Wartawan Utara Sarawak (NSJA) telah mendapat sokongan penuh daripada rakan penaja untuk mengadakan Aktiviti Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Program Prihatin Kasih”sebagai tanda penghargaan dan sokongan kepada jasa dan pengorbanan terhadap petugas barisan hadapan.

Presiden NSJA Presiden Andy Jong Wan Joon berkata tujuan program ini sebagai tanda sokongan dan penghargaan terhadap jasa dan pengorbanan kepada petugas barisan hadapan yang berbakti siang dan malam demi memastikan usaha memutuskan rantaian serta menangani penularan wabak COVID-19.

“Aktiviti CSR ini merupakan program julung kalinya diadakan kepada petugas barisan hadapan sejak pandamik COVID-19 ini mula melanda di negara pada bulan Mac tahun lepas.

“Sumbangan melalui Program Prihatin Kasih dapat memberi sokongan kepada mereka yang berjuang demi keselamatan dan kesejahteraan rakyat menghadapi COVID-19,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi kenyataan media dalam Majlis Penyerahan Bahan Sanitasi, Pelitup Muka, Minuman Ringan dan Makanan kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang diterima wakilnya Ketua JBPM Zon 6 Miri Sarawak PgKB 1 Law Poh Kiong pada Khamis. 

Program ini turut mendapat sumbangan daripada PETRONAS Lambir Morsjaya, Indocafe, Awesome Bakery by Jolene Pang dan penderma individu Cindy Ling. 

Turut disumbangkan penyerahan bahan Peralatan Perlindungan Diri (PPE) dan bahan sanitasi yang bernilai RM1,000 termasuk cecair bahan Sodium Hypochlorite 3.6 liter berjumlah 72 botol (18 kotak) dan pelitup muka  2,000 helai (40 kotak).

Manakala, sumbangan berupa minuman ringan dan makanan daripada rakan penaja yang merupakan Indocafe Coffeemix 3 in 1 550g  (72 pek), Derek drinking water 500ml (240 botol), Mesra drinking water 1.5L (120 botol) dan kek agar-agar gula apong (80 pek).

Tambah Andy lagi, “Program Prihatin Kasih” NSJA dengan kerjasama bersama rakan penaja ini akan diteruskan kepada pertugas barisan hadapan di beberapa tempat Sekatan Jalan Raya (SJR) dan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) pada masa akan datang.

Sementara itu, Ketua JBPM Zon 6 Miri Sarawak PgKB 1 Law Poh Kiong melahirkan rasa terharu dan menzahirkan penghargaan kepada masyarakat yang banyak membantu ketika pasukan Bomba amat memerlukan bantuan dan menghargai pengorbanan dilakukan oleh petugas barisan hadapan.

“Atas sumbangan bahan sanitasi dan pelitup muka serta PPE amat diperlukan bagi melindungi anggota anggota bomba semasa membuat kerja sanitasi dan kerja kecemasan mengikut norma baru.

“JBPM Zon 6 Miri Sarawak mengucapkan jutaan terima kasih kepada golongan masyarakat dan para penderma yang sentiasa bermurah hati dan sudi membantu semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak bermula bulan Mac tahun lepas,” katanya. -EDISI UKAS

Share
0

add comment