Pembukaan Dua Sesi Di PPV RTC Munggu Lalang Percepatkan Proses Vaksinasi

KHAMIS, 8 JULAI 2021

SIMUNJAN : Sasaran seramai 250 orang untuk menerima vaksin COVID-19 jenis Sinovac bagi dos kedua di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) RTC Munggu Lalang pada Khamis telah dicapai.

Ini sekaligus merekodkan jumlah keseluruhan yang berjaya divaksinasi setakat 5 Julai 2021 sehingga kini kepada 1,077 orang.

Dimaklumkan, pemberian vaksin di PPV tersebut dibuka kepada dua sesi iaitu sesi pagi bermula jam 8:00 sehingga 12:30 tengahari , manakala sesi petang, bermula jam 2:00 sehingga 5:00 petang.

Penerima vaksin ketika ditemui berasa lega dan beterima kasih kepada Kerajaan Sarawak kerana memberikan vaksin secara percuma kepada seluruh rakyat.

Rata-rata juga dilihat hadir mengikut masa temujanji yang ditetapkan dengan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang dikawalselia oleh PDRM, RELA, serta sukarelawan. -EDISI UKAS

Share
0

add comment