PPV Dewan Suarah Matu Cetus Kelainan, Guna Konsep ‘Pelamin’ Di Ruangan Bergambar

KHAMIS, 8 JULAI 2021

MATU: Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Suarah Matu mencipta kelainan apabila menyediakan ‘pelamin’ di ruangan bergambar untuk penerima vaksin.

Idea tercetus oleh salah seorang Urusetia PPV tersebut, Penolong Pegawai Tadbir, Cliff Wilibrode dari Pejabat Daerah Matu bertujuan menceriakan lagi PPV tersebut.

Ia telah direalisasikan oleh seorang pereka pelamin daripada M&E Bridal dikenali sebagai Mustapha yang mana beliau telah menaja set pelamin setelah diberi kebebasan untuk mereka set sebagai tempat mengabadikan foto penerima vaksin.

Dalam pada itu, idea tersebut turut mendapat respons yang baik di media sosial dan ia sekali gus dapat memberi semangat kepada penerima vaksin di situ. – EDISI UKAS

Share
0

add comment