PPVIN Ladang Rajawali Mula Beroperasi Hari Ini

KHAMIS, 8 JULAI 2021

BINTULU: Pusat Pemberian Vaksin Industri (PPVIN) Ladang Rajawali akan mula beroperasi pada Khamis untuk proses vaksinasi untuk pekerja ladang. 

Ketua Pegawai Eksekutif Wilayah Sime Darby Plantation Sdn Bhd, Khairul Nizam Idris memberitahu kira-kira 2,000 orang pekerja tempatan, pekerja asing dan keluarga mereka yang tinggal di ladang ini akan menerima vaksin di PPVIN ini.

“Dengan adanya PPVIN Ladang Rajawali, tidak ada penduduk yang bekerja dan tinggal di ladang ini tercicir daripada menerima vaksin COVID-19.

“Adalah diharapkan rantaian penyakit COVID-19 ini dapat diputuskan dan masyarakat dapat kembali menjalani kehidupan seperti biasa,” katanya semasa ditemui di PPVIN Ladang Rajawali pada Rabu. 

Terdahulu Khairul telah mengiringi Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Bintulu Jack Aman Luat ke PPVIN Ladang Rajawali bagi meninjau dan melihat sendiri persiapan akhir sebelum PPVIN ini beroperasi.

Turut sama Penolong Pegawai Pertanian Bahagian Bintulu Anggang Jimbun. -EDISI UKAS

Share
0

add comment