Projek Bina Baru Bilik Gerakan Kampung Rangkang Dijangka Siap Hujung Ogos Ini

KHAMIS, 8 JULAI 2021

SADONG JAYA: Projek bagi membina baru Bilik Gerakan Kampung Rangkang di sini yang bernilai RM30,000 dijangka siap sepenuhnya menjelang hujung Ogos depan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simunjan, Awla Dris semasa meninjau perkembangan projek tersebut pada Khamis berkata, kerja-kerja projek berkenaan giat dilaksanakan dan telah siap 80 peratus.

Justeru, Awla berharap dengan siapnya projek di bawah Projek Kecil Luar Bandar (MRP) ADUN Simunjan bagi tahun 2020 itu nanti, ia akan memberi manfaat kepada penduduk di sekitar Kampung Rangkang untuk kegunaan pelbagai aktiviti kelak.

Turut sama dalam lawatan itu ialah Ketua PBB Zon 4 Rangawan, Rafendy Ariffen dan Sharkawi Razali, KK Kampung Rangkang, Sadong Jaya.-EDISI UKAS

Share
0

add comment