Proses Sanitasi Di Dewan Masyarakat Kampung Rangkang Berjalan Lancar

KHAMIS, 8 JULAI 2021

ASAJAYA : Pasukan Bomba dan Penyelamat Daerah Asajaya telah melakukan proses sanitasi di Dewan Masyarakat Kampung Rangkang, Sadong Jaya pada Rabu.

Kerja-Kerja sanitasi telah dibuat di keseluruhan bangunan dewan terutama laluan-laluan utama dan tandas.

Keseluruhan proses berjalan lancar dengan kekuatan 5 anggota yang diketuai oleh Ketua Operasi Bomba Daerah Asajaya, PBT ll Musli Salim.

Menurut Musli, proses sanitasi ini menggunakan peralatan khas seperti Unit Sprayer 16 liter, Sodium Hypochlorite + Air (2L), Kuantiti bahan (2000ml), Tyvex (2), Face Shield (2), 3 ply mask (2) dan Nitrile glove (2). -EDISI UKAS

Share
0

add comment