Proses Vaksinasi Di 2 PPV DUN Batu Danau Berjalan Lancar

KHAMIS, 8 JULAI 2021

LIMBANG: Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Masyarakat Medamit dan PPV Dewan Persatuan Kebudayaan Bisaya di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Danau beroperasi dengan lancar. 

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Danau Paulus Palu Gumbang, proses vaksinasi di kedua-dua PPV ini turut dibantu sukarelawan MyVac dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) selain petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam memastikan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) mencapai matlamatnya.  

“Terima kasih kepada semua petugas barisan hadapan di kedua-dua PPV dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Danau yang bekerja keras memastikan proses vaksinasi berjalan lancar dan berusaha mencapai matlamatnya. 

“Kesempatan ini Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (SABERKAS) DUN Batu Danau melaksanakan tanggungjawab sosialnya dengan memberikan bantuan makanan dan minuman bagi keperluan petugas di kedua-dua PPV ini.  

“Ini membolehkan petugas di PPV menjalankan tugas mereka dengan lancar dan baik,” katanya. 

Beliau berkata demikian semasa ditemui selepas menyerahkan sumbangan SABERKAS Prihatin kepada petugas di PPV Dewan Masyarakat Medamit dan PPV Dewan Persatuan Kebudayaan Bisaya Batu Danau pada Rabu. 

Terdahulu, Paulus telah diberikan taklimat ringkas mengenai proses vaksinasi di kedua-dua PPV oleh Pegawai Perubatan KKM PPV Dewan Masyarakat Medamit Dr. Siti Nornadihah Mohd Isa dan Dr. Siti Basyrina Bahari di PPV Dewan Persatuan Kebudayaan Bisaya Batu Danau. 

Hadir sama Setiausaha SABERKAS Cawangan Batu Danau Jimmy Ngindang Bau. -EDISI UKAS

Share
0

add comment