Pusat Khidmat Padungan Agih 29 Set Bantuan Bakul Makanan

KHAMIS, 8 JULAI 2021

KUCHING: Pusat Khidmat Padungan meneruskan lagi mengagihkan bantuan kepada golongan yang memerlukan di kawasan berkenaan.

Sebanyak 29 set bantuan bakul makanan telah yang dikumpulkan di Hon San Ti Temple dan diagihkan kepada penerima yang layak menerima bantuan tersebut.

Simbolik penyerahan bantuan telah disempurnakan oleh Kapitan Lim Chuan Chan dan Kapitan Lee Peck Cheng pada Rabu.

Rata-rata penerima berterima kasih atas bantuan tersebut khususnya kepada kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang tidak putus memberikan bantuan semasa perlaksanaan PKP ini.

Bantuan tersebut sedikit sebanyak meringankan beban rakyat untuk kelangsungan hidup.-EDISI UKAS

Share
0

add comment