Pusat Khidmat Padungan Segera Hulur Bantuan Kepada Golongan Memerlukan

KHAMIS, 8 JULAI 2021

KUCHING: Pusat Khidmat Padungan segera menghulurkan bantuan kepada keluarga yang terkesan dengan sekatan pergerakan susulan penularan COVID-19 termasuk mereka yang bertindak mengibarkan bendera putih.

Bantuan berupa bakul makanan tersebut telah diagihkan kepada penghuni yang menyewa bilik dan rumah di atas kedai di Jalan Sg. Padungan

Pemanca Dato John Tiong dan ahli-ahli Pusat Khidmat Padungan telah bertindak mengagihkan bantuan makanan itu.

Sebanyak 10 set bantuan bakul makanan telah diagihkan kepada penerima yang rata-rata hilang pendapatan.

Dalam pada itu, pihak Pusat Khidmat Padungan juga menyeru agar penerima yang telah menerima bantuan tersebut untuk menurunkan “bendera putih” kerana bantuan telah dihulurkan. -EDISI UKAS

Share
0

add comment