Sarapan Pagi Dan Makan Tengah Hari Tersedia Buat 140 Petugas Barisan Hadapan Di DUN Lingga

KHAMIS, 8 JULAI 2021

SRI AMAN : Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Simoi Peri menerusi Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Lingga telah menyampaikan sumbangan makanan dan minuman kepada seramai 140 petugas barisan hadapan di tiga lokasi, pada Khamis.

Antaranya, Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Suarah Sri Aman (95 bungkusan), Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Kompleks Sukan Sri Aman (20 bungkusan) dan Hospital Sri Aman (25 bungkusan).

Sumbangan tersebut merupakan sarapan pagi dan santapan tengah hari buat semua petugas.

Simbolik penyerahan disampaikan oleh Penyelia Pusat Khidmat Masyarakat DUN Lingga, Norsiah Kamel.

Share
0

add comment