Seramai 1,230 Orang Terima Suntikan Vaksin Di PPV Dewan Suarah Mesra Mukah

KHAMIS, 8 JULAI 2021

MUKAH: Seramai 830 orang hadir bagi menerima suntikan vaksin dos pertama di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Suarah Mesra Mukah pada Rabu.

Tinjauan yang dilakukan mendapati seramai 400 orang lagi hadir bagi melengkapkan suntikan vaksin dos kedua di PPV tersebut.

Manakala di PPV bergerak Klinik Kesihatan Bukut mencatatkan 360 orang menerima suntikan dos pertama.

Proses vaksinasi berjalan dengan lancar dan kerjasama yang baik daripada penerima vaksin dengan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan.

Ketua Kampung Sedi Tawi ketika ditemui merakamkan penghargaan atas usaha kerajaan Sarawak dan petugas barisan hadapan melancarkan proses pemberian vaksin di situ. –EDISI UKAS

Share
0

add comment