Seramai 240 Individu Terima Vaksinasi Di PPV Klinik Kesihatan Desa Bunuk

KHAMIS, 8 JULAI 2021

PADAWAN: Seramai 240 orang menerima vaksin dos kedua di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Bunuk pada Khamis.

Kehadiran penerima vaksin amat menggalakkan dengan ramai yang datang awal seawal jam 7.30 pagi yang terdiri daripada penduduk Kampung Bunuk dan kawasan sekitar.

Menerusi tinjauan yang dilakukan, rata-rata penduduk telah memberikan kerjasama dan berpuas hati dengan proses pemberian vaksin di PPV Bunuk dengan kemudahan yang disediakan.

Pihak Jabatan Sukarelawan Malaysia dan Slsukarelawan daripada Pusat Khidmat DUN N19 Mambong turut membantu dalam melancarkan proses pemberian vaksin di PPV Klinik Kesihatan Desa Bunuk tersebut. -EDISI UKAS

Share
0

add comment