22 Pesara Polis Turut Terima Sumbangan Makanan Melalui Ops Bantu Fasa 2

JUMAAT, 9 JULAI 2021

LUNDU : Seramai 22 orang terdiri daripada pesara Polis dan keluarga kepada pesara Polis (balu) akan menerima bantuan makanan sumbangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Datu, Datuk Amar Jamilah Anu dan anaknya, merangkap Ketua Pemuda PBB Tanjong Datu, Azizul Anwar Adenan.

Sumbangan melalui Ops Bantu Fasa 2 itu telah disampaikan oleh Ketua Polis Daerah Lundu, Damataries Lautin kepada Pengerusi Persatuan Bekas Polis Daerah Lundu, Pemanca Benjamin Gersit,  bertempat di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Lundu, pada Jumaat.

Pemanca Benjamin akan bertanggungjawab mengenai pengagihan sumbangan-sumbangan tersebut. -EDISI UKAS

Share
0

add comment