467 Penduduk Terima Vaksin COVID-19 Di PICK Di PPV Dewan SJK (C) Long Lama

JUMAAT, 9 JULAI 2021

LONG LAMA: Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) (C) Long Lama diteruskan dan beroperasi seperti biasa.

Pada Khamis, sejumlah 467 penduduk menerima suntikan vaksin COVID-19 yang terdiri daripada 136 menerima suntikan vaksin dos pertama dan 331 lagi menerima vaksin dos kedua.

Dalam pada itu, 65 orang yang menerima vaksin dos pertama merupakan warganegara Indonesia tanpa dokumen dari Syarikat Tung Huat Pelita di Daerah Beluru,  Bakong.

Sementara itu, penduduk di Long Lama ini yang ingin mendapatkan maklumat vaksinasi mereka di PPV Dewan SJK (C) Long Lama boleh menghubungi talian 085-771326, 085-771325 dan 085-771018. -EDISI UKAS

Share
0

add comment