8,916 Individu Lengkap Vaksin Dos Kedua Di PPV Dewan Akademi Bomba Bau

JUMAAT, 9 JULAI 2021

BAU: Seramai 8,916 individu telah melengkapkan vaksin dos kedua di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Akademi Bomba Bau.

Angka tersebut menjadikan jumlah individu yang menerima dos pertama dan dos kedua secara keseluruhan adalah seramai 32,469 orang setakat ini.

PPV dibuka seawal jam 7:30 pagi dan selesai pada jam 6:00 petang, dengan kehadiran sekitar 1,000 orang dalam sehari.

Proses pemberian vaksin berjalan dengan baik dan penerima memberikan sepenuh kerjasama kepada para petugas yang mana ia sedikit sebanyak membantu melancarkan proses. -EDISI UKAS

Share
0

add comment