ADUN Murum Sumbang Keperluan Untuk Adik Jessica

JUMAAT, 9 JULAI 2021

MURUM: Nasib seorang kanak-kanak dari Uma Penan, Rumah Bisi Janea, Long Urun yang kini telah memasuki tahun kelapan menderita asma kronik mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Murum Kennedy Chukpai Ugon.

Malah beliau pada tahun lima tahun lepas juga membantu Jessica Ata berusia sembilan tahun itu mendapatkan bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan.

Pada masa itu, mereka sekeluarga menumpang di Rumah Pelawat Hospital Bintulu dan kini terpaksa menyewa di bandar kerana memerlukan rawatan berkala pada setiap bulan.

Kennedy pada Selasa sekali lagi menemui Jessica sekeluarga bersama sumbangan makanan dan juga kewangan.

Sementara itu, dalam program berasingan, Kennedy meneruskan sokongan beliau kepada penduduk mendapatkan suntikan vaksin COVID-19.

Pada kali ini beliau meninjau proses pemberian vaksin di Rumah Alip, Kulleh, Long Unan, Tubau yangmelibatkan seramai 87 orang penduduk.

Program tersebut dijayakan Unit Bergerak Program Jangkauan Komuniti Klinik Kesihatan Tubau dan menerima sambutan yang baik daripada penduduk tempatan. -EDISI UKAS

Share
0

add comment