COVID-19: Sarawak Catat 406 Kes Positif, 4 Kluster Baharu

JUMAAT, 9 JULAI 2021

KUCHING: Sarawak merekodkan sebanyak 406 kes baharu COVID-19 pada Jumaat sekaligus menjadikan jumlah keseluruhannya meningkat kepada 68,247 kes.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak, Dato’ Dr Mohamed Sapian Mohamed memberitahu, kes-kes tersebut dikesan di 24 daerah.

“Kuching mencatatkan sebanyak 109 kes, Miri (68), Sibu (36), Sri Aman (34), Bintulu (16), Sarikei (16), Bau (14), Subis (12), Mukah (11), Samarahan (10), Serian (10) dan Tebedu (10), Betong (9), Telang Usan (9), Tatau (9), Meradong (7), Selangau (7), Lundu (5), Dalat (4), Kapit (3), Song (2), Saratok (2), Kanowit (2) dan Asajaya (1),” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media COVID-19 di Dewan Undangan Negeri Lama, Petra Jaya Kuching pada Jumaat

Dalam pada itu, beliau menambah, sebanyak 108 kes melibatkan tahanan imigresen atau penjara.

“Ini termasuk 34 kes melibatkan Orang Kena Tahan (OKT) di Pusat Tahanan Imigresen Batu Lintang, Sri Aman (Kluster Benteng Sri Aman) serta 56 kes pula adalah dari tahanan yang berada di Penjara Pusat Miri (Kluster Tembok Miri).

“Selain itu, terdapat 18 kes merupakan tangkapan Imigresen di daerah Kuching,” ujar beliau.

Dato’ Dr Mohamed Sapian menambah, sebanyak empat kluster baharu telah diisytihar iaitu Kluster Jalan Pasar Basah, Mukah, Kluster Benteng Sri Aman, Kluster Tembok Sri Aman Dua dan Kluster Tembok Miri-EDISI UKAS

Share
0

add comment