Dato Sri Nancy Dan Awla Dris Tinjau PPV Dewan Mesra Simunjan

JUMAAT, 9 JULAI 2021

SIMUNJAN : Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia merangkap Ahli Parlimen Batang Sadong, Dato Sri Nancy Shukri telah mengadakan lawatan ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Mesra Simunjan, pada Jumaat.

Beliau bersama dengan Ahli Dewan Undangan Negeri  (ADUN) Simunjan, Awla Dris meninjau kelancaran sepanjang proses dan menyaksikan petugas kesihatan melakukan suntikan dos kedua vaksin jenis Sinovac kepada para penerima.

Dalam masa yang sama, beliau turut menyampaikan makanan dan air minuman untuk kegunaan PPV tersebut.

Turut serta, Setiausaha Politik beliau,Mohammed Kamaluddin Mohd. Effendie, Residen Bahagian Samarahan Brahim Lumpu, Pegawai Daerah Simunjan,Abdul Khalid Manap serta Pegawai Kesihatan Daerah Simunjan, Dr Joshua Peterson Peter Legi. -EDISI UKAS

Share
0

add comment