Jumlah Penerima Lengkap Dos Kedua Di PPV Dewan Mesra Simunjan Meningkat

JUMAAT, 9 JULAI 2021

SIMUNJAN : Hari Kelima Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Mesra Simunjan pada Jumaat, merekodkan seramai 593 penerima telah lengkap mendapatkan dos kedua vaksin jenis Sinovac.

Turut diberikan vaksin dos pertama kepada 200 penerima yang tercicir dalam senarai sebelum ini termasuk yang baru mendaftar.

Tinjauan UKAS mendapati, sambutan sangat menggalakkan dan semakin ramai yang teruja, sekaligus membuktikan masyarakat di kawasan ini semakin sedar betapa pentingnya pengambilan vaksin COVID-19.

Beberapa penerima vaksin yang telah lengkap dos kedua ketika ditemubual  mengucapkan syukur dan berterima kasih kepada pihak Kemeterian Kesihatan Malaysia (KKM), terutamanya kerajaan Sarawak kerana menyediakan vaksin secara percuma dalam usaha melindungi rakyat daripada risiko terkena jangkitan COVID-19.

Dalam pada itu, pihak PDRM, RELA dan sukarelawan turut komited memastikan semua penerima vaksin yang hadir mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan. -EDISI UKAS

Share
0

add comment