Kerajaan Sarawak Tunai Janji Serah Cek Pembinaan Bangunan Baharu Gereja

KHAMIS, 9 JULAI 2021

MIRI: Kerajaan Sarawak menunaikan janjinya seperti mana yang pernah diumumkan sebelum ini iaitu penyerahan cek pembinaan baharu gereja di Taman Tunku Miri. 

Pada 26 Ogos 2020, ketika mengadakan lawatan ke Gereja St Barnabas Taman Tunku, Ketua Menteri Menteri Datuk Patinggi Dr Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg telah mengumumkan peruntukan berjumlah RM2 juta bagi membina baharu gereja. 

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lambir Ripin Lamat telah menyerahkan cek tersebut daripada Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Zohari yang disalurkan melalui Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) dalam satu majlis ringkas ketika mengadakan lawatan ke Gereja St Barnabas Taman Tunku, Miri pada Khamis. 

Sementara itu, Pengerusi Gereja St. Barnabas Jeffery Jau ketika ditemui melahirkan rasa syukur dan terima kasih kepada Ketua Menteri di atas pemberian peruntukan khas ini. 

Katanya lagi, peruntukkan khas ini adalah tepat pada masanya kerana bangunan gereja baru telah siap 60 peratus dan ini amat memerlukan dana untuk menyiapkan gereja tersebut. 

Dalam perkembangan lain, Ripin turut menyerahkan cek Projek Kecil Luar Bandar (MRP) bagi menaik taraf Dewan Serbaguna Bakam. 

Ini susulan pengumumannya pada 10 April 2021 sewaktu Majlis Perasmian Dewan PPR Sungai Rait, Lambir. 

Beliau telah menyerahkan cek MRP berjumlah RM10,000 kepada Ahli Jawatankuasa (AJK) Dewan Sebarguna PPR Sungai Rait dan turut memeriksa punca masalah dewan yang menyebabkan burung masuk ke dalam dewan tersebut. -EDISI UKAS

Share
0

add comment