Lebih Banyak Penerima Vaksin COVID-19 Di DUN Tupong Diperlukan Bagi Mencapai Sasaran

JUMAAT, 9 JULAI 2021

KUCHING : Pemberian vaksin COVID-19 melalui Program Mobile Outreach di Dewan Serbaguna Kampung Sagah, Tupong menyasarkan sekurang-kurangnya 500 orang penduduk daripada Kampung Sagah, Taman Banjaran Serapi dan Serapi Jaya dapat divaksinasi, pada Khamis.

Namun, hanya 420 orang sahaja yang hadir untuk mendapatkan suntikan jenis Sinovac bagi dos pertama pada hari itu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tupong, Fazzrudin Abdul Rahman bersama dengan Ahli Dewan Negara, Senator Dr Zaiedi Suhaili turut hadir meninjau pelaksanaan program dan kedua-duanya dilihat amat menitikberatkan kelancaran proses selain memastikan penduduk di kawasan DUN Tupong menerima vaksin dengan selesa tanpa sebarang masalah.

Pemberian vaksin dilakukan sendiri oleh 7 orang doktor dengan bantuan 20 Jururawat dan Pegawai Klinik Kesihatan Petra Jaya, seawal jam 8.00 pagi dan semuanya berjalan dengan lancar dan teratur.

Turut membantu dalam usaha menjayakan program adalah para Exco Cawangan dan Ahli Jawatankuasa Ranting PBB Tupong. -EDISI UKAS

Share
0

add comment