Luncha Talajan Penerima Tertua Vaksin COVID-19

JUMAAT, 9 JULAI 2021

TATAU: Seorang warga emas Luncha Talajan, 103 tahun merupakan penerima vaksin tertua dari Rumah Charlee, Sungai Sap.

Beliau menerima vaksin COVID-19 jenis Sinovac di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Sukan Tatau pada Khamis. 

Selepas menerima vaksin, keadaan Luncha baik dan tidak mengalami sebarang kesan sampingan. 

Pada hari yang sama, seramai 506 penduduk di Daerah Tatau menerima suntikan vaksin dos pertama dan dos kedua. -EDISI UKAS

Share
0

add comment